Bahan - bahan :
Minyak untuk menggoreng
4 camca besar udang kering ( * )
1 biji bawang besar didadu ( * )
2 cm halia dihiris nipis ( * )
2 ulas bawang putih ( * )
1 batang serai ( * )
1 ekor ayam di belah dua ( * )
2 biji tomato ( * )
sedikit lada hitam ( * )
4 camca lobak asin
2 cawan beras siam dicuci dan ditoskan air secukupnya
2 camca tauchu di tumbuk
( * ) ---> Direbus sampai empuk ayamnya.
Bahan-bahan hiasan :
Bawang goreng
Limau nipis
Taugeh mentah
Daun bawang
Sambal cili limau
Cara-cara membuatnya :
1. Panaskan minyak lalu digoreng bawang besar, halia, bawang putih, dan serai sampai kuning bersama udang kering.
2. Masukkan ayam dan air mentah, tomato, lada hitam dan lobak asin dan dimasak sampai ayamnya empuk. Keluarkan ayam lalu dicarik-carikkan isinya.
3. Sementara itu masukkan beras siam, ke dalam stok ayam tadi, dan masaklah umpama menyediakan bubur. Tambahkan air dari semasa ke semasa sebelum dimasukkan taucu tadi.
4. Hidangkan bubur bersama bahan-bahan hiasan pelengkap tadi.
No comments:
Post a Comment