Resepi Nasi Goreng Kampung

Bahan-Bahan:
4 cawan nasi sejuk [hancurkan]
2 biji telur ayam [pukul sikit]
5 tangkai kacang panjang [potong 1/2 inci]
minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

bahan tumbuk
2 biji bawang putih
2 biji bawang merah
6 biji cili padi
2 biji cili merah
segengam ikan bilis
1 inci belacan

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik baunya.
2. Masukkan kacang panjang dan kacau sehingga sedikit layu.
3. Masukkan telur dan biarkan agak keras sebentar baru dihancurkan
4. Masukkan nasi, dan garam. Kacau sehingga masak.
5. Hidangkan bersama daun bawang, bawang goreng dan keropok goreng

No comments:

Related Posts with Thumbnails