Bahan-bahan
3 ekor ikan selar [boleh gunakan ikan kembung/tenggiri atau bawal]
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
10 biji belimbing buluh
1 helai daun kunyit [koyakkan]
garam
Bahan kisar:
15 biji ciliapi
2 cm kunyit hidup
Cara
1. Ikan dibersihkan dan potong 2. Basuh dengan asam limau dan bilas. Toskan
2. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dan belimbing buloh dalam periuk.
3. Masakkan sehingga mendideh sambil sentiasa mengacau supaya tidak pecah minyak.
4. Bila nampak mendideh masukkan santan pekat san belimbing buloh.
5. Kacau lagi perlahan sehingga mendideh.
6. Tutup api dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment