Resepi Ikan Goreng Sos Tiram

1 ekor ikan kerapu / siakap
4 sudu sos tiram
1 biji bawang besar (dimayang bulat)
1 biji timun (buang biji & potong memanjang)
3 sudu besar cili kering (dikisar)
2 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit daun bawang
Sedikit gula
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Ikan diperapkan dengan jintan putih, serbuk kunyit & sedikit garam selama 20 minit. Panaskan minyak. Goreng ikan sehingga garing. Angkat & ketepikan seketika. Kurangkan minyak lebihan menggoreng tadi. Tumis bawang besar & cili kering hingga naik baunya. Masukkan
sos tiram & sedikit air. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan ikan, timun & gaul sebati.

No comments:

Related Posts with Thumbnails