
Bahan-Bahan:
Bahan A: Untuk isinya
½ bungkus Macaroni saiz sederhana200 gm udang hidup (dipotong kecil-kecil)2 sudu makan mentegasedikit lada sulahsedikit garamsedikit gulasedikit serbuk perasa
Bahan B: Untuk kuahnya
1 liter susu segar5 sudu makan tepung gandum3 sudu makan mentega5 sudu makan keju parmesansedikit garamsedikit lada sulahsedikit gula sedikit serbuk perasa
Cara:
Bahan A:
-Rebus Macaroni hingga lembut (Toskan)-Panaskan mentega-Masukkan udang dan kacau sehingga udang hampir masak-Masukkan macaroni dan kacau lagi-Kemudian masukkan garam , gula, serbuk perasa dan lada sulah ,kacaulah sehingga rata dan masak kemudian ketepikan
Bahan B:
-Panaskan mentega dengan api yang kecil-Masukkan tepung gandum , kacau sehingga rata-Masukkan susu segar sedikit-sedikit sambil dikacau sehingga susu segar habis. Jika tepung bergentel tapiskan dahulu bahan ini kedalam periuk yg lain-kemudian baru masukkan garam, gula, serbuk perasa,lada sulah dan keju parmesan-Kuatkan sedikit apinya dan kacaulah sehingga sederhana pekat (jangan terlalu pekat dan jangan juga terlalu cair), ketepikan.
Cara membakarnya:
1. Masukkan bahan A kedalam mangkuk yang tahan panas (size mangkuk untuk hidangan seorang makan)
2. Kemudian masukkan bahan B sebanyak 3/4 cawan atau sehingga bahan A tertutup
3. Kemudian masukkan kedalam oven dan bakar dengan menggunakan api atas sahaja , selama 1 atau 2 minit atau sehingga bahagian atas kelihatan berwarna kuning kecoklatan
4. Hidangkan panas-panas
Cadangan Hidangan:
Bahan untuk isinya (macaroni) boleh di tukar kepada nasi yang di goreng dengan menggunakan bahan-bahan A tapi di tambah dengan sedikit sos tomato.Tambahan:Jika kita menggunakan nasi resepinya akan bertukar nama dari GARATAN kepada DORIA. Makanan ini sangat terkenal di salah sebuah restoran makanan segera di Jepun. Kanak-kanak sangat menyukainya.
No comments:
Post a Comment