Resepi Roti Sarang Lebah


Resepi Roti Sarang Lebah



Bahan-bahan - Untuk roti 290 gram tepung roti 165 ml susu segar 35 gram mentega 1/2 sudu makan bread improver 45 gram gula kastor 11 gram yis Secubit garam 1 biji telur

- Untuk sapuan & tabur
kuning telur
kuaci labu hijau
hirisan kepingan badam
bijan hitam
- Untuk sos karamel 1/2 cawan gula perang 1/2 cawan whipping cream 25 gram mentega Sedikit garam Cara Penyediaan Rendamkan yis bersama susu suam selama 5 minit. Sementara itu, dalam mangkuk lain, satukan tepung, mentega, bread improver dan garam. Ramas sehingga sebati Masukkan telur dan air campuran yis tadi. Uli dalam 10 minit Kemudian perapkan doh selama 30 minit dan uli lagi 5 minit. Ulang proses 3 kali untuk mendapatkan hasil yang gebu. Akhir sekali, bulat-bulatkan doh dan masukkan ke dalam loyang. Sapukan doh dengan kuning telur. Rehatkan sehingga kembang. Kemudian taburkan kacang di atas roti. Bakar suhu 145 darjah selama 20-25 minit. Untuk membuat sos karamel, cairkan gula perang. Kemudian masukkan mentega. Apabila sudah sebati, masukkan whipping cream dan garam Sos karamel sedia untuk dituang ke atas roti tadi.
Selamat mencuba

No comments:

Related Posts with Thumbnails