Resepi Sandwich Keju Mudah


Resepi Sandwich Keju

Bahan-bahan:
(1 hidangan)

2 keping roti
2 sudu  Mentega
1 atau 2 keping keju cheddar

Cara Penyediaan:

Panaskan kuali leper atas api sederhana.

Sapukan mentega pada sebelah sekeping roti, dan letakkan bahagian roti bermentega ke arah bawah atas kuali. Letakkan sekeping keju (letak 2 keping kalau suka keju lebih) di atas roti itu.

Sapukan mentega pada baki sekeping roti lagi dan letakkan di atas keju dengan bahagian mentega sebelah atas.

Bakar sehingga bahagian bawah perang keemasan dan balikkan. Bakar lagi sehingga perang keemasan keseluruhannya.

Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Sedap dimakan panas-panas.

Video panduan penyediaan Sandwich Keju dari allrecipes.com:




Resepi Asam Pedas Tenggiri Nyonya


Resepi Asam Pedas Tenggiri Nyonya

Bahan-bahan:

500 gram ikan tenggiri
6 batang bendi
1 biji tomato -belah 6
6 biji bawang merah
2.5cm halia
2.5cm kunyit hidup
2.5cm belacan
6 tangkai cili kering
1 batang serai
1 tangkai bunga kantan - belah 2
2 tangkai daun kesum
2 cawan air
100 ml air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan:

Kisar bawang merah, halia, kunyit hidup, belacan, cili kering, dan serai bersama dengan sedikit air sehingga halus.

Panaskan sedikit minyak dalam kuali untuk menumis. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik aroma.

Masukkan bunga kantan, bunga kesum dan air. Kacau hingga rata.

Masukkan ikan, air asam jawa dan garam secukup rasa. Kacau hingga rata dan biarkan mendidih.

Masukkan bendi, setelah separa layu masukkan tomato. Biarkan mendidih lagi beberapa saat dan tutup api.

Sedia untuk dihidangkan.


Jom singgah:
- Koleksi Kain Ela http://www.kedaikainonline.com/
- Koleksi Jubah Terkinihttp://koleksijubah.blogspot.com/
- Koleksi Baju Fesyen Terkini http://kedaibajufesyen.blogspot.com/

Resepi Kari Ayam Nyonya Kapitan


Resepi Kari Ayam Nyonya Kapitan

Bahan-bahan:

500 gram ayam (1/2 ekor ayam) - bersihkan & potong kecil
5 biji bawang merah
2.5cm halia
1.5cm kunyit hidup
3 biji buah keras
1 batang serai
3 helai daun limau purut - hiris halus
2 biji kentang - belah 4
1 sudu cili kisar (cili boh/cili giling)
300 mlm santan
Garam secukup rasa
Minyak masak (untuk goreng ayam & menumis)

Cara penyediaan:

Kisar bawang merah, halia, kunyit hidup,buah keras dan serai bersama dengan sedikit air hingga halus. Ketepikan.

Panaskan minyak dalamkuali untuk goreng ayam. Setelah panas, masukkan ayam dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.

Gunakan kuali yang sama, masukkan kentang dangoreng separuh masak. Angkat dan ketepikan. Tutup api.

Dalam kuali / periuk lain, masukkan 4 sudu minyak masak dari kuali gorengan tadi. Panaskan minyak dan tumisbahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik aroma.

Masukkan cili kisar dan tumis lagihingga garing. Masukkan santan dan kacau hingga rata.

Masukkan ayam dan kentang  yang telah digoreng tadi. Masukkan garam secukup rasa dan kacau hingga mendidih atau pekat.

Tutup api dan angkat untuk dihidangkan. Taburkan hirisan daun limau purut semasa dihidangkan.

Selamat mencuba :)

Jom singgah:
- Koleksi Kain Ela http://www.kedaikainonline.com/
- Koleksi Jubah Terkinihttp://koleksijubah.blogspot.com/
- Koleksi Baju Fesyen Terkini http://kedaibajufesyen.blogspot.com/

Resepi Kentang Bakar Berkrim Keju

Resepi Kentang Bakar Berkrim Keju

bahan-bahan

4 biji kentang, dipotong nipis anggaran 1/4 inci
1 biji bawang besar, dihiris nipis 1/4 inci membulat
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Sedikit daun bawanguntuk bahan tabur

~untuk krim keju~
3 sudu mentega
3 sudu tepung serba guna/ tepung gandum
1/2 sudu teh garam
2 cawan susu 
1 1/2 cawan keju Cheddar dicincang 


Cara Penyediaan:

Panaskan oven kepada 200 darjah C (400 darjah F). 

Gris bekas kaserol (hidangan 1 liter) dengan mentega. Susun separuh kepingan kentang ke dalam bekas kaserol yang disediakan. Atasnya susun semua hirisan bawang, tabur garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Atasnya susun baki kentang dan tabur lagi garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Ketepikan sementara sediakan krim keju.

Dalam periuk bersaiz sederhana, cairkan mentega atas api sederhana. Masukkan tepung dan garam, dan kacau sentiasa dengan whisk selama satu minit. Masukkan susu sambil dikacau sehingga pekat. Masukkan keju dan terus kacau sehingga keju cair sepenuhnya, anggaran 30 - 60 saat.

Tuangkan krim keju ke atas kentang. Tutup kaserol dengan aluminium foil. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan tadi selama 1 1/2 jam.

Sedia untuk dihidangkan. Taburkan hirisan daun bawang untuk hiasan atau penambah rasa.


Jom singgah:
- Koleksi Kain Ela http://www.kedaikainonline.com/
- Koleksi Jubah Terkinihttp://koleksijubah.blogspot.com/
- Koleksi Baju Fesyen Terkini http://kedaibajufesyen.blogspot.com/

Resepi Kerabu Suhun


Resepi Kerabu Suhun

Bahan-bahan:

2 ekor sotong saiz sederhana - bersihkan & potong kecil
100 gram suhun
1/2 cawan kacang tanah - goreng tanpa minyak & kisar kasar
2 sudu kicap sotong
3 sudu gula
3 tangkai cili api - hiris nipis, lebihkan jika mahu pedas
1 tangkai cili merah - hiris nipis
1 biji bawang besar - belah empat & hiris halus
5 biji limau kasturi - perah & ambil jusnya
3 batang kacang panjang - dipotong nipis
2 biji buah tomato - dipotong dadu
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

Celurkan suhun dan sotong. Masukkan ke dalam mangkuk.
Masukkan kesemua bahan yang lainke dalam mangkuk. Gaul hingga mesra.
Sedia untuk dihidang.


Jom singgah:
- Koleksi Kain Ela http://www.kedaikainonline.com/
- Koleksi Jubah Terkinihttp://koleksijubah.blogspot.com/
- Koleksi Baju Fesyen Terkini http://kedaibajufesyen.blogspot.com/

Resepi Pisang Goreng Keju


Resepi Pisang Goreng Keju
Bahan-bahan:
6 biji pisang (sebaik-baiknya pisang Abu masak tapi tidak lembik)
3 sudu besar tepung beras
3 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan air
1/2 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar susu krimer (susu manis)
keju Cheddar parut
Minyak untuk goreng tenggelam
Secubit garam
Secubit gula
Cara Penyediaan:
Buang kulit pisang dan belah dua isi pisang. Ketepikan.
Satukan tepung beras,tepung gandum, gula, garam, air dan esen vanila. Bancuh hingga sebati.
Masukkan pisang dalam adunan.
Panaskan minyak di dalam kuali.
Masukkan pisang satu per satu ke dalam minyak. Goreng hingga keemasan dan nampak rangup.
Keluarkan dari minyak dan toskan atas tisu. 
Letak pisang atas pinggan hidangan, tuangkan susu manis di atas pisang goreng.Akhir sekalitaburkan keju parut.
Related Posts with Thumbnails