Pages

Resepi Puding Emas (1970an)

(Ayat 1970an)

Bahannya

1/2 tahil agar-agar
4 biji telur ayam
1 cawan gula
1/2 cawan gula untuk dihanguskan
3 cawan air sejuk

Peraturannya

Masak agar-agar dengan 3 cawan air sejuk sampai mendidih, pukul merah telur dengan 1 cawan gula sampai hancur betul.
Agar-agar tadi angkat dan tapis, dicampurkan dengan adunan telur dan gula yang dipukul tadi, jerang semula ke api hingga mendidih, masukkan pula gula 1/2 cawan yang dihanguskan tak pakai air tadi kacau perlahan-lahan angkat dan tuang dalam loyang agar-agar sejukkan.

...................

(Ayat abad ke-21)

Bahan-bahan:

1/2 tahil agar-agar (18.9 gram)
4 biji telur, ambil kuning sahaja
1 cawan gula
1/2 cawan gula, hanguskan tanpa air (karamel)
3 cawan air sejuk

Cara Penyediaan:

Masak agar-agar bersama 3 cawan air hingga mendidih.
Sementara itu, pukul 1 cawan gula bersama telur kuning hingga gula hancur sepenuhnya.
Angkat agar-agar yang telah mendidih dan tapis ke dalam adunan telur tadi.
Panaskan adunan ke atas api sehingga mendidih.
Masukkan gula hangus dan kacau perlahan-lahan.
Angkat dan tuang adunan ke dalam loyang agar-agar.
Sejukkan.

Resepi Puding Ovaltine (Resepi 1970an)

(ayat 1970an)

Bahannya

1/2 cawan mentega
1 cawan gula pasir halus
2 biji telur ayam
1/2 cawan kismis
3 sudu ovaltine
2 camca tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
1/4 camca garam
1 3/4 cawan susu cair
Sedikit essen

Peraturannya

Pukul mentega dengan gula sampai putih masukkan pula telur pukul lagi, masukkan pula tepung jagung yang sudah digaul dengan ovaltine, masukkan garam essen, akhir sekali, masukkan kismis yang sudah digaul dengan 1 camca tepung jagung, gaulkan sebati dengan adunan tadi, sapu loyang dengan majerin, masukkan adunan ini kukuslah 1/2 jam, bila sejuk baru dipotong.

.............

(ayat abad ke-21... :-) )

Bahan-bahan:

1/2 cawan mentega
1 cawan gula halus
2 biji telur ayam
1/2 cawan kismis
3 sudu ovaltine
2 sudu tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu garam
1 3/4 cawan susu cair
Sedikit essen vanilla

Cara Penyediaan:

Pukul mentega bersama gula sehingga kembang/putih.
Masukkan telur dan pukul hingga sebati.
Sementara itu gaulkan tepung jagung bersama ovaltine. Masukkan campuran ini ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
Masukkan garam essen vanila dan kismis yang digaul dengan 1 sudu tepung jagung.
Gaul adunan sehingga sebati.

Gris loyang kek dengan majerin.
Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 1/2 jam.
Setelah masak, sejukkan dan potong.
Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba.

Resepi Nasi Beriani (1970an)

Resepi ini dipetik dari buku resepi milik arwah ibu saya yang dibeli pada tahun 1976 (saya belum lahir lagi pada masa itu :-) )

Buku resepi ini sudah kekuningan dan ada bahagian yang sudah terkoyak. Untuk memudahkan rujukan saya di masa depan, saya salin semula dan kompilasikan resepi-resepi tersebut dengan ayat asal di sini.

Se ekur ayam atau daging di belah 8 dibersihkan.
1 tin kecil tomato puri
1 tin kecil susu cair
1 cupak beras direndam 20 minit di bersihkan, di tuskan
1 cupak ayer
1 tin minyak sapi beriani

Rempah-rempah yang hendak digilin.

1 sudu makan ketumbar
2 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan puteh
5 kuntum bunga cengkeh
4 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
1 sudu kaskas
1 tahil buah badam
2 camca teh lada puteh
10 ulas bawng merah
5 ulas bawang puteh
1 inci halia
1 inci kunyit

Untuk tumis.

10 ulas bawang merah
3 ulas bawang puteh
2 inci halia
Semuanya dimayang

Peraturannya.

1. Panaskan minyak sapi campurkan 1 cawan minyak kelapa. Masukkan bawang-bawang, bila kuning masukkan rempah yang sudah dibancuh satu cawan air. Kacau hingga rempah elok masaknya, barulah masukkan tomato puri dan ayam, tambah ½ cawan lagi air, masak sampai empuk daging itu, rasa garamnya angkat ayam saja di buboh bekas berasingan.

2. Masukkan pula satu cupak air sejuk. Bila mendidih elok masukkan beras tadi, bila nasi kering taruhkan ayam, tutup. Masaklah seperti nasi biasa.



Sumber Resepi:
Hamidah Harun
Masakan Pilihan Istimewa (Cetakan Kedua Nobember 1975)