Resepi Nasi Al-Ambra

Bahan-Bahan
(Untuk 6 hidangan)

Bahan A:

1 kg beras basmati
(dicuci & direndam selama 30 minit)
1 batang kayu manis
3 biji pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 helai daun pandan (dicuci & dipintal)
3 sdm minyak kacang
1/2 cawan susu rendah lemak
5 ulas bawang putih (dikisar)
4 sm halia (dikisar)
1.5 liter air
1 sdt garam

Bahan B:

500 g lobak merah
(dicuci bersih & dipotong dadu)
400 g kacang buncis (dihiris halus)
500 g daging lembu tanpa lemak
(dikisar)
3 biji putih telur
1/2 sdt garam
1 sdt serbuk lada hitam

Bahan untuk salad:

7 batang lada merah (dikisar halus)
1/4 sdt garam
1/2 sdm gula timbang (brown sugar)
2 biji bawang besar (dihiris halus)
2 sdm daun ketumbar (dihiris)
1 biji jus limau kasturi


Cara Cara

Bahan A:

• Tumis bawang putih, halia kisar bersama kayu manis, bunga cengkih dan pelaga sehingga wangi.
• Masukkan daun pandan dan susu rendah lemak.
• Apabila sudah mendidih masukkan beras dan tanak sehingga masak.

Bahan B:

• Masak daging di atas kuali hingga separuh kering.
• Masukkan lobak merah, kemudian masukkan kacang buncis, garam,lada hitam dan putih telur.
• Kacau sehingga rata.
• Campuran daging ini di masukkan ke dalam nasi yang sudah tanak dan dikacau rata.


Bahan Salad:

• Satukan semua bahan-bahan dan gaul rata.

Resepi Roti Arab


Bahan-bahan:

500 gram tepung roti
1 sudu teh garam
25 gram gula halus
25 gram marjerin
5 gram pemantap roti (bread improver)
5 gram pelembut roti (bread softener)
10 gram yis segera
250-280 ml air suam

Cara membuatnya:

Gaul sebati tepung bersama garam dan gula halus.
Masukkan marjerin bersama pemantap roti dan pelembut roti. Gaul lagi.
Masukkan yis dan air sedikit demi sedikit. Uli selama 10 minit.
Biarkan adunan kenyal dan tutup dengan tuala kering selama 10 minit lagi.
Uli semula adunan dan bahagikan beberapa bahagian seberat 120 gram.
Bentukkan bulat-bulat dan tutup dengan kain kering selama 10 minit lagi.
Canaikan doh setebal 2 cm dan letakkan ke dalam loyang pembakar yang telah dioles rata dengan mentega.
Bakar pada suhu 210 °c selama 20 minit atau sehingga masak.
Jika mahu keperangan di atasnya, bakar seketika.
Sapukan mentega di atasnya untuk kelihatan cantik berkilat.

Resepi Baklava (makanan Arab)


Bahan-bahan:

Kertas timah secukupnya
250 gram doh filo (pastry pembalut inti)
180 gram mentega, cairkan dan dibiar sejuk
90 gram kacang walnut dipanggang dan dikisar halus.
40 gram gula halus
1 camca besar serbuk kayu manis

Bahan sirap:

230 gram gula pasir
150 ml air
2 sudu teh jus limau susu
1 sudu teh air mawar

Cara membuatnya:

Alas tin pembakar berukuran 25 cm dengan kertas timah. Oleskan sedikit mentega cair.
Susun separuh filo di dalam tin pembakar (hanya potong 2 kepingan filo)
Satukan walnut bersama gula dan serbuk kayu manis. Ratakan di atas filo.
Atur baki filo di atasnya. Guna pisau tajam untuk potong adunan berbentuk.
Tuang mentega cair di atasnya.
Bakar pada suhu 175 °c selama 45 minit. Ketika masih panas, tuangkan sirap.

Untuk membuat sirap, didihkan semua bahan sirap kecuali air mawar.
Kacau sekali sekala.
Biarkan bancuhan likat dan tuangkan air mawar. Biarkan sejuk sebelum digunakan.

Resepi falafel (Resepi Masakan Arab)


Bahan-bahan:

400 gram kacang kuda dalam tin, toskan
2 ulas bawang putih, dicincang
20 gram parsli, dicincang
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
1 sudu teh jintan putih ditumbuk kasar
1 sudu teh serbuk ketumbar
200 gram ubi kentang direbus dan dilecek
3 sudu besar serbuk roti
2 sudu besar mentega dicairkan

Cara membuatnya:

Kisar kacang kuda bersama bawang putih, parsli, garam, serbuk lada hitam,serbuk jintan putih dan serbuk ketumbar sehingga halus.
Gaulkan bersama kentang lecek dan serbuk roti.
Bentukkan adunan menjadi bebola.
Atur di atas tin pembakar yang beralas kertas timah yang telah dioles dengan mentega cair.
Sapu mentega cair di atas falafel.
Panggang falafel sehingga masak dan angkat.
Hidangkan bersama sos cili.

Resepi Ayam Tandoori



For English, Click here.

Bahan-bahan:

4 bahagian ayam, buang kulit.
1 sudu teh garam
2 sudu teh jus limau.
2 sudu teh mentega, cairkan
1 labu bawang, dihiris.
1 biji limau nipis/lemon, dihiris.

Bahan perap:

1 sudu makan serbuk tandoori.
1 sudu teh cili kisar.
1 sudu teh pes halia, (halia kisar).
1 sudu teh pes bawang putih, (bawang putih kisar).
½ cawan yogurt (dibuat daripada susu skim)
2 sudu teh cuka.
1 sudu teh serbuk pewarna merah.

Arahan:

1. Kelar bahagian ayam.

2. Satukan bahan-bahan perap, jus limau dan garam. Lumurkan campuran pada ayam dan perap selama ½ jam.

3. Susun kepingan ayam yang telah diperap pada dawai gril yang panjang. Berus ayam dengan mentega cair.

4. Panggang ayam selama 12 minit-minit di atas api atau dalam ketuhar selama 9-10 minit-minit.

5. Setelah masak, hidangkan dengan potongan bawang dan limau.

Resepi Biskut Mini Mentega Kacang



For English, click here.

BAHAN-BAHAN:

1 sudu besar air
2 cawan tepung serba guna
1 ½ cawan gula
½ cawan mentega
½ cawan Mentega Kacang
2 biji telur
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh garam
1 ½ sudu teh vanila ekstrak
6 auns mini semisweet cip coklat (1 cawan)



PENYEDIAAN:

Panaskan ketuhar pada 375° .

Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk adunan.

Putar gunakan pengadun elektrik (electric mixer) hingga sebati.

Tingkatkan kelajuan mixer pada kelajuan sederhana. Putar selama kira-kira 2 minit sambil mengikis bahan-bahan yang melekat pada bahagian tepi keliling mangkuk dari semasa ke semasa.

Masukkan coklat cip mini.

Dengan sudu teh, sudukan adunan membentuk setompok-setompok di atas loyang pembakar. Pastikan jaraknya dalam 2 inci antara satu sama lain. Bakar selama 12 ~15 minit atau sehingga warnanya menjadi coklat keemasan.

Setelah masak, angkat dan sejukkan pada suhu bilik. Sedia untuk dihidangkan.

Simpan dalam bekas yang dengan ketat dan kedap udara. Tahan sehingga 3 minggu. Boleh juga disimpan di dalam peti ais untuk jangkamasa yang lebih lama.

Resepi Coklat Crepe


For English, click here.


Bahan-bahan


Untuk Crepe:

2 cawan susu
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
6 sudu besar gula aising
2 biji telur saiz besar
2 sudu besar mentega, cairkan
1/2 sudu teh ekstrak vanila asli
1/4 sudu teh garam

Untuk Sos Coklat:

1 ¼ cawan gula
2/3 cawan serbuk koko
1 cawan + 4 sudu besar susu cair
1/2 cawan mentega
1/4 sudu teh garam

Penyediaan Crepe:

Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk/mixer dan pukul dengan laju hingga sebati sepenuhnya. Rehatkan adunan ke dalam peti ais selama 20 minit.

Cairkan sedikit mentega dalam kuali leper di atas api sederhana.
Masukkan 3 sudu besar adunan pada kuali dan buat pusaran pada adunan tersebut menjadi bulat, leper dan nipis.
Masak Crepe selama 1 minit, atau sehingga Crepe lembap sedikit di bahagian atas dan keemasan di bawah.
Balikkan Crepe menggunakan sudip dengan perlahan-lahan.
Masak untuk 1 minit dan angkat.
Ulangi cara di atas hingga adunan habis.

Penyediaan Sos Coklat:
Kacau serentak gula dan koko dalam periuk kecil; beransur-ansur masukkan susu cair.
Masukkan mentega dan garam.
Panaskan di atas api sederhana, kacau berterusan, sehingga campuran menjadi sebati.
Angkat dari api.

Hidangkan Crepe bersama sos coklat.
Cadangan hiasan: Hias bersama krim putar dan strawberi seperti dalam gambar di atas.
Selamat mencuba.

Resepi Nasi Goreng USA

Bahan Nasi Goreng

2-3 sudu besar minyak masak
1 labu bawang besar (yg sedang), dicincang halus
3 ulas bawang putih, dicincang halus
1 sudu cili boh/ giling
3 sudu sos cili
4 sudu sos tomato
1 sudu stok pekat ayam/kiub
1 biji cili Benggala hijau (kecil), potong kiub
80 g sayuran campur
4-5 sudu besar air (utk merenjis)
450-500 g nasi (yg sudah sejuk)
1-2 sudu serbuk lada sulah
garam secukup rasa

Bahan Hiasan

minyak utk menggoreng
3 biji telur
daun parsli/daun sup/daun bawang

Bahan Lauk

300 g daging batang pinang/sirloin steak
1 sudu kecil serbuk (kasar) lada hitam/coarse black pepper
2 sudu sos barbeku
2 sudu mentega
2 sudu minyak

Bahan Sos
(atau gunakan 'Black Pepper Sauce' di dalam botol)

3 sudu mentega
3 sudu tepung gandum
200 ml air panas
300 ml susu segar/UHT
1 kiub stok daging
1/2 -1 sudu kicap hitam
2 sudu tomato puri
1 sudu serbuk (kasar) lada hitam
sedikit garam

Untuk lauk:

Perap daging dengan sos barbeku selama 4 jam.
Panaskan mentega dan minyak di dalam, masukkan seluruh daging di atas api sederhana.
Tutup api dan ubah ke dalam ketuhar pada suhu 200 C dan bakar selama 15-20 min atau hingga masak. Biar sejuk sebelum dihiris nipis.

Untuk sos:

Cairkan mentega atas api perlahan, masukkan tepung dan kacau 2 min.
Masukkan semua bahan lain dan kacau tanpa henti hingga pekat.

Untuk nasi goreng:

Panaskan minyak, masukkan bawang besar dan bawang putih.
Bila sudah naik wangi, masukkan cili boh/giling dan kacau 1 min.
Masukkan sos cili, sos tomato, stok ayam, cili Benggala dan sayuran campur.
Renjiskan sedikit air supaya ia tidak terlalu kering. Bila sayuran empuk, masukkan nasi dan kacau rata.
Tambah serbuk lada sulah dan garam secukupnya sebelum diangkat.
Padatkan nasi ke dalam mangkuk kecil kemudian terbalikkan di atas pinggan.
Letak hirisan stik di sebelah, curahkan sedikit sos.

Bahan Hiasan:

Panaskan sedikit minyak, goreng telur "mata kerbau" dan letak di atas nasi goreng.
Hias dengan hirisan daun (pilihan ikut suka).

Resepi Tart Nenas Gulung


Bahan-bahan:

Doh tart:

2 ½ cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 ½ sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung susu
1 cawan mentega (226 gm)
1 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar gula


Jem nenas:

4 biji nenas muda
2 ½ senduk gula pasir
sedikit esen vanila
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Daun pandan

Hiasan:
Kuning telur


Cara membuat:

Doh;
Pukul mentega, susu, minyak sapi, garam hingga sebati.
Masukkan telur dan vanilla, pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung yang telah diayak. Gaul hingga sebati dan membentuk doh yang lembut.


Jem Nenas;
Parut nenas. Jangan dibuang airnya.
Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus. Setelah kering masukan gula, vanilla, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Kacau tanpa henti hingga likat. Angkat dan sejukkan.


Panaskan oven terlebih dahulu pada 150°C.
Ambil doh dan tekan pada acuan tart, isikan inti jem yg telah siap tadi, kemudian gulung secara pelahan, letakkan di dalam dulang membakar.
Oles kuning telur pada bahagian atas tart.

Bakar selama 15 minit / sehingga masak.

Resepi Puding Mocha

Bahan A

1 liter air
200 gram gula pasir
20 gram serbuk agar-agar

Bahan B

410 ml susu cair
6 biji kuning telur

Bahan C

1 sudu besar esen vanilla
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu the serbuk kopi segera
2 sudu besar tepung jagung

Bahan D

3 biji putih telur
50 gram gula halus

Cara penyediaan:

Satukan bahan A di dalam periuk. Panaskan di atas api kecil.
Dalam bekas lain, satukan bahan B dan pukul sebati.
Dalam bekas lain, satukan bahan C dan gaul sebati.
Satukan bahan A dan B. Kacau rata.
Tapis adunan yang telah dikacau sebati tadi ke dalam periuk yang berisi bahan A tadi.
Kacau hingga pekat dan tutup api.
Sementara itu satukan bahan D dan pukul hingga separuh kembang.
Tuangkan bncuhan bahan D ke dalam adunan agar-agar yang telah di masak tadi.
Kaup dan balikkan sehingga sebati.
Tuang ke dalam acuan puding yang anda sukai.
Sejukkan hingga keras. Sedia untuk dihidangkan.

Nota: Sedap dimakan sejuk bersama koktail buah-buahan.
Related Posts with Thumbnails